Program Jiwa Kemasyarakatan Komuniti Madani Lubok Merbau
20 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniTarikh : 19 Julai 2025
Hari : Sabtu
Masa: 7.30pagi-1.00ptg
NADI Kluster Kuala Kangsar telah dijemput oleh pihak JAPEN Kuala Kangsar untuk membuka booth serta memberikan penerangan mengenai NADI iaitu apa itu NADI,perkhidmatan yang ditawarkan NADI serta penerangan mengenai MyDigital id di Program Jiwa Kemasyarakatan Komuniti Madani Lubok Merbau yang bertempat di Surau At-Muttaqin Taman Punck Bougainvillea, Kuala Kangsar. Kami booth NADI menjalankan pendaftaran keahlian NADI,pendaftaran MyDigital id,PriceCatcher dan games untuk pengunjung yang hadir ke booth NADI. Pengunjung yang datang dan menggunakan perkhidmatan NADI serta mendaftar keahlian diberikan saguhati/goodies atas penglibatan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: