dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Rengas, Perak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Peringkat Parlimen Padang Rengas

20 September 2026 | Aktiviti Terkini

Tarikh: 19 September 2026
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 AM-2.00PM

NADI Padang Rengas telah dijemput oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Perak untuk membuka reruai sempena Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Peringkat Parlimen Padang Rengas 2026.

Penyertaan NADI Padang Rengas dalam karnival ini merupakan salah satu usaha untuk memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh NADI kepada komuniti setempat. Sepanjang program berlangsung, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan NADI serta membuat pendaftaran sebagai ahli NADI.

Selain aktiviti promosi dan pendaftaran ahli, NADI Padang Rengas turut menyediakan saringan kesihatan asas kepada para pengunjung. Antara pemeriksaan yang dijalankan adalah bacaan paras gula dalam darah dan tekanan darah.

Penglibatan ini turut membuka peluang kepada NADI Padang Rengas untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan komuniti, di samping memperkenalkan pelbagai kemudahan, program dan aktiviti NADI yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.

NADI Padang Rengas ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh komuniti Padang Rengas yang telah meluangkan masa untuk berkunjung dan memeriahkan reruai NADI sepanjang program berlangsung.

Terima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan, khususnya kepada pengunjung yang telah mendapatkan maklumat mengenai NADI, mendaftar sebagai ahli serta mengambil peluang menjalani pemeriksaan kesihatan asas seperti bacaan gula dalam darah dan tekanan darah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.